Tuesday, September 29, 2009

UMNO MENJARINGKAN "OWN GOAL" - SEKALI LAGI

Berita terbaru ialah UMNO telah mencalonkan ISA SAMAD untuk DUN BAGAN PINANG. ISA adalah bekas Mentri Besar dan merupakan orang yang terkaya sekali di Negeri 9. Seperti yang kita sedia maklum, Isa telah digantungkan keahliannya oleh majils tatatertib Umno kerana dibuktikan telah terlibat dalam kegiatan RASUAH POLITIK WANG dalam permilihan Naib Presiden Umno. Di Permatang Pasir, UMNO telah menjaringkan " OWN GOAL" atau "GOL SENDIRI" apabila mereka memilih Rohaizat sebagai calon BN kerana Rohaizat adalah seorang yang telah digantung daripada menjalankan tugasnya sebagai seorang peguam oleh Majlis Peguam kerana dia didapati bersalah mengunakan wang pelanggannya. Di Bagan Pinang, Umno SEKALI LAGI MENJARINGKAN GOL SENDIRI kerana memilih seorang yang tidak jujur yang mengamalkan kegiatan RASUAH POLITIK WANG untuk kepentingan peribadi. Walaupun nama ISA SAMAD adalah BUSUK ,UMNO tetap mencalonkan beliau dan ini bertentangan dengan pendapat DR M yang mengatakan ISA adalah tidak sesuai sebagai calon. Kesimpulan yang didapati dari berita ini menujukkan UMNO adalah "DESPERATE" untuk memenangi BAGAN PINANG sehingga rela memperjudikan nama baik parti untuk memenangi satu kerusi DUN. Kedua, ini menunjukkan bahawa UMNO tidak mahu berubah dari cara politik lama dimana ahlinya yang sepatutnya bersara tidak mahu melepaskan kuasa yang ada pada mereka. Mereka ini lah yang menyebabkan Golongan profesional Muda tidak mahu menyertai Umno. Ketiga, ini menujukkan bahawa Umno tidak menpunyai calon muda yang berkaliber kerana mereka telah mencalonkan seorang tua untuk bertanding. Akhirnya, Umno akan KALAH kerana sebelum GAME bermula ia telah MENJARINGKAN OWN GOAL.